Wednesday 26 December 2012

Aktiviti Seharian Saya - Tugasan SKAD1273



            Pada jam 06.40 pagi saya bangun tidur dan bersedia menunaikan solat subuh. Setelah selesai solat subuh, saya mengajak kawan saya ke kafe untuk bersarapan.

             Setelah selesai bersarapan dengan kawan saya, saya mengemas bilik tidur. Kemudian setelah selesai mengemas bilik tidur, saya mandi dan menyediakan baju yang ingin saya pakai untuk menghadiri kelas gamelan di dectar pada pukul 10.00 pagi. Saya menggosok baju dan tudung yang ingin saya pakai.
            Sebelum pergi ke kelas gamelan di dectar, saya makan buah dan minum susu agar lebih bertenaga. Selesai makan, saya turun ke tingkat bawah untuk menunggu bas ukm untuk ke dectar.latihan di dectar memakan masa selama 2 jam. Saya menunaikan solat zohor di masjid berdekatan dectar.

            Pada jam 2 petang, saya menghadiri kelas ekonomi dan pembangunan di fakulti saya iaitu fakulti sains social dan kemanusiaan (fssk). Sesampainya saya di dalam kelas,kami memulakan sesi pembelajaran selama 2 jam.

            Setelah kelas tamat, saya dan kawan-kawan ke pusanika untuk minum petang bersama-sama. Saya memesan secawan nescafe dan makan sepotong pizza yang dijual di kedai roti tersebut. Setelah setengah jam minum petang bersama kawan-kawan,saya ke surau fssk untuk solat asar sebelum menghadiri kelas pada pukul 5 petang.

            Tepat jam 5 petang, saya sudah berada di dalam kelas untuk mempelajari subjek hubungan etnik yang berlangsung selama 3 jam. Saya menjangka kelas akan tamat tepat pada waktunya. Namun sangkaan saya salah kerana pensyarah membenarkan kami pulang setengah jam awal sebelum waktu berakhir. Saya terus ke hentian bas di depan fssk untuk menunggu bas zon 3 yang terakhir sebelum solat maghrib tiba. Saya agak kepenatan pada hari ini kerana terpaksa menghadiri 3 kelas dan tergesa-gesa menunggu bas zon 3 agar tidak ketinggalan untuk menaiki bas tersebut.

            Saya sampai di kolej keris mas tepat jam 8 malam. Saya cepat-cepat membungkus makanan di kafe agar tidak terlepas untuk menunaikan solat maghrib. Saya hanya membungkus dan terus menunaikan solat. Setelah selesai solat, saya berehat sebentar sebelum makan malam.

            Jam 9 malam, saya makan malam. Setelah selesai, saya mengulangkaji pelajaran selama 1jam yang akan diajar oleh pensyarah pada keesokan harinya. Saya mengemas buku dan fail-fail yang ingin dibawa ke kelas esok. Apabila semua sudah selesai, saya tidur dengan nyenyaknya kerana kepenatan.

Soalan 2 :
Adahkah yang paling anda sukai dari pada Bandar anda ?
Saya merupakan anak bungsu daripada dua beradik. Saya berasal dari Makassar, Indonesia. Saya dan kelurga saya berasal dari suku Bugis, saya mempunyai seorang abang yang belajar sama dengan saya di UKM.

Saya lahir di Bandar ini, iaitu Makassar. Dimakassalah saya dari kanak-kanak sehingga besar dan bersekolah hingga SPM. Begitu banyak hal yang telah saya alami di Bandar kelahiran saya ini.
Keunikan dari Bandar kami iaitu ditengah-tengah bandar kami terdapat satu pantai yang sangat indah. Dimana di pantai itu di jadikan tempat pelancongan bagi masyarakat yang tinggal di bandar itu. Setiap hari ahad sangat ramai kanak-kanak dan orang dewasa yang pergi ke tempat itu untuk bersiar-siar menikmati sejuknya udara di pagi hari, dan sangat ramai orang berniaga di kawasan pantai itu, mereka menjual pelbagai jenis makanan, pakaian, dan kelengkapan rumah tangga.

Dan keunikan yang ke dua dari pada bandar kami ialah terdapat suatu muzium peninggalan sejarah penjajahan Belanda sewaktu perang dahulu. muzium itu dinamakan “Benteng Rotterdam” ianya terletak di tengah-tengah bandar kami juga. Tempat ini sangat indah dengan taman-taman dan pokok-pokok yang cantik dan hijau dan memiliki bangunan yang sangat unik, dimana bangunan itu ialah bangunan yang sudah sangat tua sehinggah memiliki keunikan tersendiri. Di dalam bangunan tersebut terdapat pelbagai jenis barang peninggalan peperangan sejarah, seperti senjata dan pakaian yang dipakai semasa perang dahulu. Sekarang tempat ini dijadikan salah satu daripada tempat pelancongan untuk menarik pelancong dalam dan luar Negara agar berkunjung ke Makassar.

No comments:

Post a Comment